Wednesday, 6 December 2017


Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama lima hari bermula semalam membuka ruang kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk mempromosi Tasik Kenyir dan produk pelancongan menarik dalam wilayah itu.

Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, menerusi booth Ketengah yang dibuka di Pavilion Beautiful Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, pengunjung boleh mendapatkan maklumat tentang produk pelancongan yang terdapat di wilayah Ketengah seperti Hutan Lipur Chemerong, Bukit Besi Rainforest Endurance Park dan pelbagai lagi.

“Malah, pakej-pakej menarik dan produk tarikan di Tasik Kenyir seperti Taman Orkid, Santuari Kelah, Air Terjun Lasir,  Kampung Konservasi Gajah Kenyir  dan lain-lain turut di ketengahkan.

“Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka, Dato’ Ghazale Muhamad berkesempatan melawat dan bertukar-tukar fikiran mengenai pelancongan negeri ketika berkunjung ke booth Ketengah, pagi ini,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.


Ahmad Fathil berkata, ruang yang diberikan dalam Pavilion Beautiful Terengganu itu bukan sahaja memberi mereka platform untuk lebih dekat dengan masyarakat, sekali gus berkongsi maklumat aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan Ketengah dengan lebih berkesan.

“Kita mahu para perwakilan UMNO dan pengunjung yang datang ke PWTC sempena persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 kenal dengan lebih dekat Tasik Kenyir dan produk-produk lain yang ada dalam Wilayah Ketengah.

 “Ianya bukan setakat menjadi medan mempromosi produk yang kita miliki tetapi lebih kepada usaha memastikan kunjungan ke Tasik Kenyir sentiasa menjadi pilihan utama pengujung dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Katanya, apa yang menarik, orang ramai turut berpeluang merasai air tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa yang dibawa khas dari Pulau Herba, Tasik Kenyir sempena pameran tersebut. - teganukite.net

Related Posts:

  • Nasi Dagang Terengganu Bakal Tembusi Australia Ahmad Razif turut turun padang mempromosikan Nasi Dagang Sejuk Beku kepada pengusaha-pengusaha makanan di Australia ketika lawatan kerajaan negeri ke Perth baru-baru ini. Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah a… Read More
  • Ngambat Ikan Sungai Berang Tarikan Di Hulu Terengganu Program ngambat atau mengarau ikan kini dijadikan program tahunan dan mengisi kalendar pelancongan Daerah Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib berkat… Read More
  • Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus  mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hu… Read More
  • TIPCO 2017 Bakal Promosi Terengganu Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam TIPCO 2017 bersama dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku I… Read More
  • 700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar ne… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:30 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan