Sunday, 3 December 2017
Biarpun berstatus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi makanan yang disediakan untuk mangsa banjir hampir sama dengan restoran.
Begitulah pandangan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut yang mendapat layanan makan minum sama seperti disediakan di mana-mana kedai makan.
Penyediaan pelbagai menu menarik dan lazat mulai sarapan pagi, makan tengahari dan malam menyebabkan mangsa banjir tidak pernah merungut mengenai aspek itu, malah berasa gembira walaupun terpaksa tinggal beramai-ramai sementara waktu.
Mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan mengikut kesesuaian waktu yang ditetapkan oleh pengurusan PPS.
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya menyediakan 20 tukang masak khas yang bertugas mengikut giliran bagi menyediakan makanan dengan mencukupi dan bersih kepada mangsa banjir.
Katanya, petugas memasak dianggotai Wanita dan Puteri UMNO serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut
"Apabila cukup waktu minum dan makan petugas akan menyembunyikan loceng dan mangsa beratur untuk mendapatkan makanan," katanya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kasim yang kebetulan melawat pusat itu turut dibawa melawat ke bahagian dapur.
Shahidan turut memuji cara penyediaan makanan yang turut dianggap sama seperti di restoran dan disajikan dalam keadaan cukup bersih.
" Mangsa banjir di sini sememangnya istimewa dan jarang berlaku ditempat lain, katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Lebih Selamat Samiun ditemani pegawai-pegawainya melawat laluan pejalan kaki berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin. Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengga… Read More
Boleh Daftar Online Untuk Sertai Skuad Sukarelawan TTB Rakyat negeri ini kini boleh mulai mendaftar secara atas talian untuk menyertai Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB). Pendaftaran menerusi laman web rasmi https://www.ssttb.my terbuka kepada semua yang bermi… Read More
Projek Aquapolitan Di Seberang Takir, Siap Pada 2020 Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengka… Read More
Isu Rumah RM20 Juta: Rakyat Boleh Nilai Sendiri - Ahmad Razif “Rakyat boleh menilai sendiri tuntutan tidak masuk akal Wan Mansor Wan Yusof, 57, apabila menuntut RM20 juta sebagai pampasan untuk merobohkan rumah yang masih didiaminya di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. “Berdasar… Read More
Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya. Penubuhan universiti itu dicadangk… Read More