Monday, 18 December 2017


Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) melebarkan sayapnya ke Benua Afrika ketika ini yang mana memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera ‘Chicken Cottage’.

Pemilik restoran berkenaan, Alhaji Atiku Abubakar berkata, pihaknya merancang  untuk membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Afrika Sub-Sahara.

Katanya,  pihaknya turut menyasarkan untuk membuka cawangan  Chicken Cottage di setiap negeri di Nigeria.

“Selain mahu membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Sub-Sahara Afrika.

“Untuk tujuan ini, saya telah memberi kelulusan kepada pihak pengurusan untuk memulakan perbincangan dengan Chicken Cottage International,” katanya dalam News Agency Of Nigeria selepas merasmikan cawangan Chicken Cottage, di negara itu, semalam. 

Beliau turut berjanji untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di Nigeria kerana berkeyakinan tinggi bahawa penubuhan cawangan  Chicken Cottage di negeri terpilih  akan membantu mengurangkan pengangguran di negara ini.

“Kami turut menyasarkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap setiap negeri, langkah itu mampu  membantu warga Nigeria untuk bekerja.

“Kami akan menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu warga Nigeria yang akan memperolehi pendapatan (upah hidup) dan seterusnya menyumbang untuk mengurangkan pengangguran di Nigeria”, katanya.

Tambahnya, Cottage Chicken juga akan menyumbang kepada pendapatan petani tempatan sebagai contoh bahan mentah utama bagi produk itu akan diperolehi dari kalangan petani tempatan, ianya termasuk hasil pertanian seperti ayam, sayuran, kentang dan  beras.

“Kegembiraan saya yang paling utama adalah untuk memberi nasihat kepada petani tempatan  dan melihat mereka mempunyai hasil yang dibeli dan digunakan di Nigeria dan Afrika, dengan itu secara tidak langsung akan memperkasakan mereka.

“Selain itu, manfaat berganda dari perusahaan ini akan diperluas kepada pengangkut, pembekal minuman, pengilang perkakas, Artisans dan juga pembuat perabot”, katanya lagi. – terengganu.news - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan