Sunday, 5 November 2017
Saya bersedia menanggung segala kos bagi membawa jenazah dua anak Terengganu yang terlibat dalam kebakaran sebuah tangki simpanan diesel di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang, semalam, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Dua dari tiga mangsa adalah anak Terengganu iaitu Norhafizam Ab. Rahman, 28 dari Kampung Batin Seberang Takir dan Zamri Adenan, 37 dari Kampung Surau Haji Daud.
Menurut Ahmad Razif, beliau menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memohon supaya ahli keluarga mangsa bersabar dengan musibah yang menimpa.
"Saya merasa sedih dan terharu apabila
dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh wakil perantau di Lembah Klang yang mana melibatkan anak Terengganu dalam kejadian itu,"katanya.
Beliau berkata demikian dari Jerman kerana mengadakan lawatan rasmi ketika dihubungi hari ini.
Beliau berharap, ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan itu selain mengarahkan wakil perantau menguruskan segala keperluan yang berkaitan dalam pengurusan jenazah kedua-dua anak Terengganu terbabit.
"Segala kos berkaitan pengurusan jenazah berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri', ujarnya.
Mengikut satu laporan media atas talian,dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, tiga pekerja warga tempatan sedang melakukan kerja penyelenggaraan atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh.
Susulan itu, 750,000 liter diesel dalam tangki berkenaan dipindahkan sejak malam tadi bagi membolehkan pasukan bomba mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian itu. - teganukite.net
Related Posts:
Chicken Cottage Buka Cawangan Baharu di Lembah Klang Ahmad Razif mencuba sajian Chicken Cottage semasa merasmikan cawangan baharu Chicken Cottage di Lembah Klang. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Restoran makanan segera, Chicken Cottage, memperluaskan rangkaiannya deng… Read More
Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999. Wanita … Read More
Wan Nawawi Terima Pengiktirafan Bomba Wan Nawawi dipakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Wan Mohd Nor Ibrahim dalam Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Setiausaha Ke… Read More
Permohonan Dana Aidilfitri 1 April Hingga 30 April 2018 Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018. Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon … Read More
Dana Raya Untuk Semua Yang Layak, Tak Kira Parti- Ahmad Razif Pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diingatkan lebih telus dalam pengagihan bantuan Dana Raya kepada semua pemohon yang layak tanpa mengira parti politik. Permohonan bantuan akan dibuka s… Read More