Wednesday, 13 December 2017


Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan penajaan pelajar ke luar negara seperti yang diuar-uarkan oleh segelintir pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan negeri tetap meneruskan penajaan pelajar ke luar negara khususnya dalam bidang-bidang kritikal.

A. Latiff (BN-Pengkalan Berangan) berkata, program penajaan pelajar ke luar negara diteruskan seperti biasa, bagaimanapun hanya berlaku pengurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Pada tahun 2017, seramai 13 orang telah dihantar ke luar negara dan dijangka 2018 pun begitu juga.

"Pengurangan ini disebabkan oleh sesetengah kos seperti perubatan dan kedoktoran di Rusia, Mesir dan sebagainya tidak dihantar lagi sebab kita mengambil kira pelajar yang belajar dalam negara sudah mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, untuk tahun 2017, pelajar yang dihantar ke luar negara merupakan pelajar yang mengikuti kos kejuruteraan dan perakaunan.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut meneruskan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang berkelayakan melalui Yayasan Terengganu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Teruja Saksi Fenomena Gerhana Bulan Jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang melihat gerhana melalui teleskop. Rata-rata jemaah dan pelajar yang menyaksikan gerhana bulan penuh di Masjid Kampung Padang Mengkuang, Binjai Rendah Marang, pagi semalam mengungk… Read More
  • Kerajaan Negeri Bantu Lepasan Maahad Menteri besar menyerahkan sumbangan kepada pengetua MDQ. Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan teknikal kepada lepasan maahad di Terengganu. Menteri Besar, Dr. Ah… Read More
  • 153 Terima Anugerah UMT Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Dato' Mohammed Azlan Hashim dan Dr. Nor Aeini bersama penerima anugerah. Seramai 153 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai perkhidmatan terpilih menerima anugerah sempena… Read More
  • Anak Besut Cemerlang Di Universiti Liverpool Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar  mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kota Putera, Besut Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First C… Read More
  • 868 Guru PASTI Diraikan Pada Konvokesyen Ke-10 Tiga penerima anugerah dekan menunjukkan plak masing-masing pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Ke-10 di Hotel Primula, malam tadi. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail  Guru-gur… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:55 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74666
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan