Monday, 3 April 2017

Permohonan baharu Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 secara dalam talian dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai semalam (1 April) sehingga 21 April depan.

Orang ramai boleh membuat permohonan itu dengan melayari laman sesawang  http://danattb.terengganu.gov.my . 

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, mereka yang berstatus bujang berusia tidak melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon.

“Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

“Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon, “ katanya kepada Teganukita.

Menurutnya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi J3K bersama salinan dokumen  yang dinyatakan.

“Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.

“Pengagihan dan penebusan baucer dijangkakan bermula pada 27 Mei ini di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada 27 September,”katanya.

Berdasarkan rekod, seramai 217,001 pemohon  berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan  RM80.3 juta pada tahun lalu. - teganukite.net

Related Posts:

  • MB Terengganu Baharu Mulakan Tugas Rasmi Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Samsuri memulakan tugas rasmi di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Menteri Besar  Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas… Read More
  • Kerajaan Negeri Tidak Mahu Dibayangi Sejarah 1999 Prof. Dr. Ahmad Samsuri memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memfokuskan kepada usaha mem… Read More
  • PRU14 : Pasangan Suami Isteri Angin Ahmar Turut Mengundi Meskipun menghidap penyakit angin ahmar tidak menghalang sepasang suami isteri untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.Pasangan suami isteri berkenaan, Isa Ibrahim, 63, dan isterinya … Read More
  • Kadar Zakat Fitrah Terengganu Minimum RM7 Osman (kiri) menunjukkan kadar zakat fitrah bagi Negeri Terengganu pada Majlis Pengistiharan Ketetapan Fitrah Bagi Tahun 2018 di Pejabat Maidam, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Majlis Agama Islam dan Adat M… Read More
  • Ahmad Samsuri Menteri Besar Baharu Terengganu Sultan Terengganu berkenan menerima Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ya… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan