Tuesday, 10 October 2017

Kerja-kerja menebang pokok jenis 'khaya' di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Kerja-kerja menebang pokok yang berisiko dan boleh membahayakan pengguna jalan raya mula diberi perhatian lebih serius oleh pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar berkata, usaha itu dilaksanakan melibatkan pelbagai unit dan agensi berkaitan bagi memastikan laluan jalan raya terutamanya di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu lebih selamat berikutan insiden yang berlaku Sabtu lalu.

Katanya, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama dari pihak Majlis Daerah Setiu (MDS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan-jabatan lain juga  menyediakan anggota dan peralatan yang mencukupi bagi memulakan kerja menebang serta mengalihkan pokok berkenaan.

"Kita berharap dapat selesaikan perkara secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini selamat dari sebarang bencana.

"Jadi buat masa sekarang ini kita perlukan kerjasama daripada orang ramai yang melalui jalan ini agar mengikuti lencongan disediakan semasa kerja-kerja menebang dan pembersihan dilakukan," katanya kepada Teganukita, hari ini.


Tambah Zulkifli, dijangkakan kerja-kerja itu kan mengambil masa selama sebulan.

Namun demikian, beliau berkata pihaknya akan menambah jentera serta anggota agar ianya dapat dipercepatkan selain dapat memberikan keselamatan kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.

Dalam pada itu, pihak MBKT turut telah mengenal pasti kawasan-kawasan ylain yang terdapat pokok berisiko serta membahayakan pengguna jalan raya.

Zulkifli berkata, selain dari pokok jenis 'Khaya' yang berada di Mengabang Lekar, Batu Rakit tersebut, terdapat beberapa laluan lain turut terdapat pokok spesies yang sama antaranya di Jalan Sultan Sulaiman dan berhadapan Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu.

"Walau bagaimanapun pokok-pokok lain juga perlu diberi perhatian terutama pokok-pokok besar yang mana dahannya merimbun di atas jalan raya.

"Kita telah mengambil iktibar dari apa yang terjadi untuk memastikan bukan sahaja pokok jenis ini yang pada umumnya boleh dikatakan pokok kayu keras. Tapi ianya (insiden) di luar jangkaan kerana apa yang terjadi itu kehendak Ilahi jua," katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan