Sunday, 13 August 2017


Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) dilihat mampu bertindak sebagai platform bagi kerajaan Terengganu untuk merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan industri minyak dan gas Terengganu.

Pada masa sama mampu memberi mandat bagi mengkaji kemungkinan dan mengenalpasti potensi manfaat untuk rakyat dan kerajaan negeri di sepanjang rantaian  dalam industri itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata TPC juga akan melihat isu kelestarian sumber minyak dan gas dalam usaha untuk memaksimakan hayat sumbangan sektor ini secara berterusan kepada hasil negeri.

Katanya, di samping itu mampu memberi keutamaan kepada usaha merancakkan penglibatan anak tempatan dalam industri yang berkaitan.


“Penglibatan aspek pembangunan sumber tenaga, pembinaan kepakaran teknikal dan pembentukan peluang pekerjaaan untuk penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Penubuhan TPC, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama,  Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid

Ahmad Razif memberitahu, pengumuman itu dibuat kerana TPC adalah entiti penting dalam pembangunan sektor minyak dan gas, selain mampu membukan jalan untuk memulakan operasi dan menjalankan kerja-kerja awal dengan kadar segera.


“Penubuhan TPC telah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan pejabatnya akan beroperasi di tingkat 6, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu buat sementara waktu” katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan