Sunday, 13 August 2017


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan hampir RM9 juta di bawah skim pinjaman Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) kepada empat buah koperasi di negeri ini, bermula Januari hingga Julai lalu.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong berkata, sebanyak RM5.5 juta diberikan kepada Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad dan RM1 juta untuk Koperasi Kakitangan Risda Terengganu (KOKITAR) Berhad.

“Sementara sebanyak RM2 juta diperuntukan untuk Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad serta Koperasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Berhad menerima RM450,000,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.

Menurut beliau, SKM juga telah meluluskan Pinjaman Perniagaan Koperasi sebanyak RM7 juta kepada dua koperasi negeri ini dalam tempoh yang sama.

“Koperasi Perwaja Kemaman Berhad dan Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad masing-masing menerima sebanyak RM3.5 juta menerusi skim ini,” ujarnya.


Katanya, SKM berharap pembiayaan dana melalui pinjaman TMP-JPK dan pinjaman perniagaan kepada koperasi terpilih akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

“Dengan pembiayaan ini diharap dapat memantapkan aktiviti koperasi masing-masing agar berupaya menjana pulangan pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan ahli koperasi,” katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan