Ahmad Razif ketika sesi sidang media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail
Terengganu akan menggabungkan lima hotel di bawah konsortium dikenali TI (Terengganu Inc) Hotel & Resort, tidak lama lagi.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah penggabungan hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan industri pelancongan negeri di bawah satu bumbung pengurusan yang lebih efisien dan langkah penjimatan tenaga kerja.
Katanya, konsortium berkenaan akan dipantau dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.
"Langkah penggabungan ini sebagai usaha yang lebih agresif dalam memastikan pelancongan negeri terus maju.
"Konsortium ini sedang digerakkan dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja apabila proses penggabungannya selesai,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda.
Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi dan satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM serta amnya kepada syarikat perladangan dan juga pekebun kecil di Terengganu mahupun Pantai Timur.
Beliau berkata, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan mampu memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.
“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya. - teganukite.net
|
Monday, 28 August 2017
Related Posts:
JPJ Rekod Jumlah Saman Tertinggi Pandu Lebih Had Laju Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik(Awas) atau Sistem Pengkuatkuasaan Automatik(AES) mencatatkan kesalahan had laju dengan jumlah saman tertinggi iaitu 72,806 kes.Timbalan Ketua … Read More
ebih 20,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Lebih20,000 tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Te… Read More
Sultan Terengganu Solat Jumaat Di Masjid Jamek Gong Pok Jin Mengabang Telipot Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini berangkat bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Gong Pak Jin, MengabangTelipot, Kuala Nerus.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Ten… Read More
Anak Terengganu Cipta Sejarah Di Sydney, Australia Rakyat Terengganu mencipta sejarah apabila diberi penghormatan kali pertama untuk mengimamkan solat Sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Inggeris.Ustaz Haji Mohd Zaki Mat Yakim, Penolong Pengar… Read More
Kuala Berang Tetap Bergemerlapan Cahaya Pelita Walau Kos Minyak Tanah Meningkat Walaupun berdepan dengan kekangan harga bahan bakar yang tinggi, ini tidak mematahkan semangat Orang Kuala Berang(OKB)mengadakan pertandingan Gemerlipan Pelita Raya buat kali pertama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala … Read More