Monday, 28 August 2017

Mohamat (dua kanan) bersama Ahmad Razif  melihat model Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti pada Majlis Perasmian Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail

TDM Berhad menyasarkan mampu mencapai permodalan pasaran RM2 bilion dengan pengagihan dividen tahunan RM100 juta dan keuntungan sebelum cukai RM200 juta apabila menjelang 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad,  Mohamat Muda, berkata
Model Transformasi TDM Baharu yang sudah dibukukan mempunyai 36 Entry Point Projects (EPP).

Katanya, apa yang sudah dicapai adalah bagi EPP 28 dan EPP 31.

"EPP 28 adalah penubuhan Akademi TDM manakala EPP 31 adalah perlaksanaan Pusat Timbang Komuniti.

"Kini daripada 36 Entry Point Projects (EPP), bahagian perladangan mempungai 24 EPP dan 57 projek," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan  ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Ahmad Razif berkata, suku pertama 1 EPP dan 11 projek telah dicapai manakala suku ketiga 1 EPP dan 13 projek telah tercapai bagi bahagian plantation.

"Manakala bahagian kesihatan pula terdapat 12 EPP dan 20 projek. Suku pertama 1 EPP 11 projek telah dicapai, suku ketiga 1 EPP dan 13 projek mampu dicapai dalam bidang sama," katanya.

Semua projek progres mengikut jadual bagi memastikan kesemua EPP menjadi kenyataan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM 232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cem… Read More
  • Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti. Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Daru… Read More
  • Terengganu Bakal Pengeluar Makanan Ternakan Terbesar Negara Terengganu muncul negeri pertama di Malaysia yang mengusaha industri penanaman jagung bijirin secara komersial dan berskala besar.Projek terbabit melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM27 juta daripada Syarikat Green Worl… Read More
  • Otai Belia Digesa Tubuh Persatuan Baharu Ahmad Razif menyampaikan cenderahati kepada peserta di Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku  Syamim Tengku Isma… Read More
  • Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Samb… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
8:54 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75785
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan