Ahmad Razif bersama pasukan ragbi Terengganu yang turut diwakili Tengku Muhammad Ismail di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra
Pasukan Ragbi Terengganu terpaksa akur di laman sendiri apabila tumpas dengan Johor 29-32 pada perlawanan akhir di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam.
Terengganu turut diwakili Yang diPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.
Kejayaan itu membolehkan Johor yang juga naib juara tahun lalu menjulang Piala Agong buat kali kedua selepas pertama kali memenanginya pada tahun 2013.
Juara bertahan, Perak pula berpuas hati sebagai pasukan ketiga terbaik kejohanan selepas menang tipis 16-14 terhadap Kedah pada perlawanan tempat ketiga-keempat sebelum itu
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, diikuti RM10,000 bagi naib juara sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM7,000 dan RM5,000.
Hadiah disampaikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-35 anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia yang membuka tirainya pada 29 Julai lalu di Selangor dan berakhir semalam (26 Ogos) di Terenggganu
Ini merupakan kejohanan tahunan peringkat kebangsaan bagi kategori 15 Sebelah Sepasukan dan dikelolakan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pada edisi kali ini.
Kejohanan Ragbi Piala Agong 15 pemain sepasukan Edisi Ke-35 disertai oleh 11 pasukan negeri (Ahli Gabungan KRM dan Bersekutu) termasuk ATM dan PDRM. - teganukite.net
|
Sunday, 27 August 2017
Related Posts:
Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya. Penubuhan universiti itu dicadangk… Read More
Terengganu Peruntuk RM12 Juta Untuk Tabung Darul Iman Ahmad Razif sempat meninjau gerai-gerai yang disediakan dalam Karnival Jom Sihat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Badan Bukan Kerajaan (NGO) disarankan membantu kerajaan negeri… Read More
Projek Aquapolitan Di Seberang Takir, Siap Pada 2020 Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengka… Read More
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Lebih Selamat Samiun ditemani pegawai-pegawainya melawat laluan pejalan kaki berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin. Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengga… Read More
Boleh Daftar Online Untuk Sertai Skuad Sukarelawan TTB Rakyat negeri ini kini boleh mulai mendaftar secara atas talian untuk menyertai Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB). Pendaftaran menerusi laman web rasmi https://www.ssttb.my terbuka kepada semua yang bermi… Read More