Wednesday, 5 July 2017


Mahasiswa anak Terengganu (Permata) dijemput untuk menyertai Sambutan Aidilfitri PERMATA bersama MB (Menteri Besar) Terengganu di kediaman Seri Iman Kuala Terengganu pada 15 Julai (Sabtu) jam 8 malam.
Yang Dipertua Permata, Kamaruzaman Jusoh berharap mahasiswa dapat menyertai majlis ini serta bersama-sama memeriahkan suasana untuk berkumpul dan merapatkan tali persaudaraan sesama mereka.
Katanya, Permata menjangkakan majlis itu akan dihadiri 1,200 mahasiswa dan tetamu jemputan.
“Kami amat berharap agar mahasiswa dapat memeriahkan majlis sambutan yang julung kali diadakan ini sebagai tanda terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan pelbagai kemudahan termasuk menaja bas percuma setiap tahun kepada Mahasiswa Permata bagi meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.
Program ini merupakan majlis pertama kali diadakan bagi meraikan mahasiswa yang masih dalam 'mood' beraya di kampung.
Oleh yang demikian, kepada mahasiswa yang berminat boleh mendaftarkan butiran diri kepada wakil Permata universiti masing-masing sebelum 8 Julai ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi Kediaman yang menempatkan pelajar UniSZA dibuka secara rasmi hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Taman Ilmu, di Tembila Besut yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, ketika menjadi Men… Read More
  • Pengerusi Sekretariat Umum Selami Suasana Di Madrasah Kubang Bujuk Pengerusi Sekretariat Ulama-Umara (Umum), Pengerusi Yayasan 1 Ummah merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato Jalilani Ngah hari ini meninjau Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Banggol Katong, Alur Limbat, Mar… Read More
  • My Ehsan Bantu Pelajar Miskin Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru  yang kurang berkemampuan membayar y… Read More
  • TATiUC, Universiti Mie, Jepun Jalin Kerjasama Strategik Bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, Kolej Universiti Tati (TATiUC) menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Mie, Jepun. Rektornya, Profesor Dr Madya Zamri Ibrahim … Read More
  • KPT Tawar Tiga Program Menerusi Gap Year  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menawarkan tiga program kepada penuntut tahun dua dan ke atas menerusi Program Gap Year yang akan dilaksanakan di seluruh institusi pengajian tinggi awam menjelang September i… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
1:16 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan