Orang ramai khususnya dari sekitar Kuala Terengganu dijemput memeriahkan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, pada 22 Julai ini bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.
Majlis tersebut dijadualkan akan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, seramai 40,000 pengunjung dijangka akan membanjiri majlis sepanjang empat jam itu yang menyajikan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi minyak, sate dan beberapa menu istimewa lain.
"Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis hari raya ini dan menikmati sajian yang kita sediakan di samping bertemu dan merapatkan silaturahim di bulan yang mulia ini,"katanya. - teganukite.net