Sunday, 18 June 2017

Nawawi bersama ahli kelab WDI bergotong royong memasak bubur lambuk. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Lebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan Kelab Wisma Darul Iman kepada pengguna jalan raya, ahli kelab dan pelanggan sempena Program Memasak Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Proses memasak 15 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong sesama ahli kelab yang turut disertai Pengerusi Kelab WDI yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.


Turut serta, Timbalan Setiausaha Kerajaan  (Pembangunan) Dato’ A Rahman Yahya.
Bermula daripada kerja-kerja merebus beras, menyiang ikan, ulam-ulaman, menyediakan pelbagai bahan mentah sehingga pengagihan kepada penguna jalan raya, semuanya dijalankan secara bergotong royong sesama ahli kelab.

Tugasan  yang bermula  seawal jam 8.00 pagi itu diagihkan mengikut  kelab masing-masing, antaranya Niners, Helang, Tiger, Virus,  Urus, Perbendaraan dan Permata perlu memasak sekurang-kurangnya seperiuk atau lebih.


Wan Nawawi berkata,  program julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab, selain mahu merapatkan silaturahim antara pelanggan yang sering berurusan.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan banyak manfaat diperoleh,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • IPD Kemaman Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir yang kebiasaan melanda daerah itu pada bulan November dan Disember setiap tahun.Ketua Polis Daerah Kemaman, … Read More
  • 79 Mat Rempit Subuh Secara Berjemaah Superitenden Mohd Said Ibrahim. Seramai 79 Mat Rempit dibawa menunaikan solat Subuh secara berjemaah selepas ditahan kerana melakukan kesalahan berlumba haram dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman, semalam.Ope… Read More
  • Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyu… Read More
  • ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Masuk Kebun Durian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Suhaili meraikan 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, Kerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Kerte… Read More
  • Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktivi… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan