Sunday, 18 June 2017

Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 negeri ini yang menerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2017 di INSTEP, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM134 juta kepada 353 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada jumlah itu seramai 54 orang atau 15 peratus daripada jumlah penerima tajaan tersebut merupakan pelajar Terengganu.

“Terima kasih kepada Petronas yang banyak membantu Negeri Terengganu dalam bidang pendidikan termasuk dalam program penajaan pelajar ini.

“Dan juga penambahan satu daerah baru menerusi Program Sekolah Amanah. Jika sebelum ini, hanya di Kijal tahun ini Petronas tambah lagi di Marang dengan jumlah tajaan bernilai RM20 juta untuk tempoh lima tahun,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2017 di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.

Ahmad Razif berkata, kejayaan anak Terengganu sudah pasti sebahagiannya kerana komitmen Petronas dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat khususnya dalam bidang pendidikan.

Sementara itu Raiha berkata, Program Sekolah Amanah di Terengganu merupakan kolaborasi Petronas dengan Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula tahun lalu.

“Petronas kini menaja 10 buah sekolah di negeri ini dimana lima daripadanya membentuk sebuah kluster di Kijal dan lima lagi membentuk sebuah kluster di Marang.

“Program ini merupakan salah satu usaha Petronas dalam memacu transformasi pembelajaran yang holistik dan bertumpukan pada kecemerlangan dalam semua aspek di kalangan pelajar,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kerajaan Negeri Tidak Mahu Retorik Menteri Besar menyampaikan papan tanda markas kepada Ketua Cawangan Kampung Sekati sempena perasmian Karnival Cakna Rakyat DUN Teluk Pasu, Manir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri tidak mah… Read More
  • Golden Pharos Berhad Urus Hutan Kekal Simpan Kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada Golden Pharos Berhad (GPB) untuk menguruskan konsesi pembalakan di Terenggganu bagi memastikan hasil kekayaaan sumber semulajadi hutan dapat dimanfaatkan untuk kepentinga… Read More
  • Tiada Permit Niaga Untuk Warga Asing Sebahagian petugas media bersama pegawai dan kakitangan MBKT yang memeriahkan Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Majli… Read More
  • Solidariti Semua Kaum Faktor Kemenangan BN PRU14 - Ahmad Razif Menteri Besar (baju hitam, tengah) bergambar bersama pemimpin dan pegawai kerajaan di Kemaman serta 430 penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, B… Read More
  • Lima Universiti Disenaraikan Terbaik Di Dunia Idris menyampaikan sumbangan  kepada pengetua SMK Tengku Bariah Lima Universiti Penyelidikan Malaysia di negara ini disenaraikan berada satu peratus teratas di kalangan 300 universiti terbaik di dunia. … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan