Tuesday, 6 June 2017
Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong menggunakan konsep berbeza dengan sentuhan tersendiri dan lebih mesra rakyat bagi pengagihan Dana Raya 2017 kali ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, beliau cuba mencipta kelainan dengan turun sendiri ke semua 45 cawangan untuk mengagihkan baucer kepada penerima-penerima yang layak.
Jelas Rozi, walaupun kaedah itu sedikit mengerah tenaga dan masa terutama bagi cawangan yang terletak jauh serta penerima yang ramai, namun impaknya sangat besar dapat diperolehi nanti.
"Kelebihannya sangat banyak dan apabila kita turun sendiri, kita akan dapat satu pendekatan yang lebih akrab dengan masyarakat kampung terutama penerima-penerima bantuan.
"Saya akan dapat mengetahui lebih jelas sekiranya ada permasalahan di kalangan penerima-penerima malah boleh diselesaikan dengan segera,"kata Rozi.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan Masyarakat DUN Telemong di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.
Seramai 6,990 penerima dana raya melibatkan pelbagai kategori dengan peruntukan sebanyak RM2,574,400 menerima baucer di peringkat kampung masing-masing pada kali ini.
Beliau berkata, walaupun pihak bank tidak turut serta dalam agihan baucer kerana kekangan masa namun memberi pengecualian kepada penerima orang asli Kampung Sungai Berua untuk turun bersama-sama pihak DUN.
"Saya dapati masalah kesesakan di bank dapat dikurangkan dengan cara penambahbaikan yang dibuat ini dan tindak balas kebanyakan penerima, rata-rata lebih berpuas hati dengan cara tersebut.
"InsyaAllah, kita akan teruskan dan lakukan penambahbaikan setiap tahun dalam usaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat Telemong dalam semua aspek terutama kepada penerima-penerima bantuan dana,"kata Rozi lagi. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Jadikan Ogos Bulan Memperingati Masjid Al-Aqsa Bulan Ogos bakal dijadikan sebagai bulan memperingati Masjid Al-Aqsa peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebak… Read More
Kempen Penyusuan Susu Ibu Perlukan Sokongan Semua Pihak Sokongan semua pihak penting bagi menjayakan Kempen Penyusuan Ibu yang menggalakkan golongan ibu menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga umur enam bulan. Isteri Menteri Besar, To’ Puan S… Read More
Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Ya… Read More
Tengku Muhammad Ismail Ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Tengku Muhammad Ismail berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada salah seorang jemaah yang bakal mengerjakan haji. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismai… Read More
Sultan Terengganu Saran Bakal Jemaah Jaga Kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh Tabung Haji dan pegawai pegawai kesihatan di Tanah Suci.Baginda bertitah… Read More