Monday, 5 June 2017


Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini.

Majlis Cakna UC Bestari itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato' Tengku Mahmud Mansor di Dewan Teater UCB, Setiu.

Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Aliff Norhakim Majid berupa sebuah kerusi roda bernilai RM9,000.


Dalam ucapannya, Tengku Mahmud mengumunkan derma siswa iaitu bantuan bulanan RM300 kepada dua pelajar OKU di kolej universiti itu.

"Seramai lapan pelajar OKU lagi yang menyambung pelajaran mereka di sini akan menerima bantuan itu selepas ini.

"Kita akan terus membantu pelajar anak yatim, pelajar OKU dan pelajar kurang kemampuan untuk mereka meneruskan pengajian sehingga tamat di UCB," katanya.

Hadir sama di program itu ialah Naib Canselor UCB, Prof Dr. Ab. Aziz Yusof. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kerajaan BN Tidak Jemu Bantu Tabika Kemas Halina memerhati dua kanak-kanak Tabika Kemas menyertai Pertandingan Mari Bersolek. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas dengan menyalurk… Read More
  • PRU14 : Derita Bapa Tunggal Dapat Perhatian Oleh : Ezzuan AhmadSeorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak  sudah dibaiki semula.Abdul Rahman Moha… Read More
  • RM331 Ribu Dana PROM Paka Oleh:Ezzuan AhmadSeramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri  menerima bantuan dana tersebut hari ini. Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka meliba… Read More
  • PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran  Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini Oleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura … Read More
  • Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan  anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu. Datuk Bandar M… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan