Wednesday, 5 April 2017


Demikian berakhirnya episod di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, YB Ghazali Taib dan bekas wakil rakyat, Dato' Rosol Wahid kini begitu akrab, mesra dan kasih yang mendalam, demi sebuah perjuangan suci untuk agama, bangsa dan negara.

Di bawah kepemimpinan yang berhikmah lagi bijaksana, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, melalui Transformasi Politik iaitu satu dari tiga teras transformasi dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)- segala kerumitan diselesaikan dengan penuh hikmah.

Ghazali juga merupakan Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia &  Tugas-Tugas Khas Negeri serta Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, manakala Rosol adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian berkenaan.

Perisitiwa ini berlaku dalam satu perjumpaan tertutup pemimpin-pemimpin di kawasan DUN berkenaan pada  20 Mac lalu, di Dewan Sivik Ajil yang turut disaksikan sendiri oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Ketua-ketua UMNO Cawangan serta sayap-sayap dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dalam DUN Ajil, adalah antara yang hadir dalam perjumpaan itu sempena lawatan sehari Menteri Besar ke DUN Ajil.

Hadir sama Pengerusi Biro Naziran BPUNT, Dato' Hj Muda Mamat yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM). - teganukite.net

Related Posts:

  • Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik … Read More
  • MBKT Serius Tangani Isu Kerja-kerja menebang pokok jenis 'khaya' di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Kerja-kerja menebang pokok yang berisiko dan boleh membahayakan pengguna jalan raya mula diberi perhatian… Read More
  • Biduk Lalu Kiambang Bertaut Demikian berakhirnya episod di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, YB Ghazali Taib dan bekas wakil rakyat, Dato' Rosol Wahid kini begitu akrab, mesra dan kasih yang mendalam, demi sebuah perjuangan suci untuk agama, bangsa … Read More
  • Kisah Pilu Nelayan Seberang Takir Selamat Pulang Selepas Ditahan Di Indonesia Ahmad Razif (dua dari kiri) menadah doa sebagai kesyukuran kepulangan dua nelayan Seberang Takir ke kampung halaman selepas ditahan Kerajaan Indonesia. Foto oleh Harish Fadzillah abu Kasim "Saya amat gembira dengan kepu… Read More
  • Itulah Ahmad Razif Dalam kesibukan tugas harian sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tetap mengambil cakna terhadap penderitaan, kesusahan dan apa jua yang menimpa rakyat. Pagi tadi Ahmad Razif sendiri ke tempat kemalang… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan