Saturday, 15 April 2017

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan persiapan sempena lawatan dan perasmian pecah tanah projek pemuliharaan muara Sungai Besut, semalam. Foto oleh Harish Fadzilah

Projek pemuliharaan muara Sungai Besut yang akan menjenamakan Kuala Besut sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa Besut, melibatkan kos kira-kira RM 221 juta, bakal siap dalam tempoh tiga  tahun dari sekarang. 

Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu, Ir C. Poobalan berkata, projek melibatkan pembinaan 1,300 meter benteng pemecah ombak sebelah utara dan 1,500 meter sebelah selatan.

Katanya, pembangunan yang bakal mengubah landskap ekonomi daerah itu turut melibatkan kerja membaik pulih pemecah ombak sedia ada, membina lapis lindung tebing di Kampung (Kg) Sungai Nail dan kerja-kerja penambakan pantai.


"Selain itu, kerja-kerja mendalamkan muara dan mendalamkan sungai di jeti Kg Seberang Kastam turut dirancang untuk dilaksanakan," katanya kepada Teganukita.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, pemecah ombak yang baru ini akan dapat melindungi bot dari ancaman ombak besar serta dapat memberi laluan pelayaran yang sempurna kepada bot  nelayan dan pelancong.

Katanya, projek ini juga melibatkan kerja-kerja mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan kolam keladakan yang bertujuan meningkatkan aliran air banjir keluar ke laut serta mengurangkan masalah pemendapan di muara sungai. 

"Pada masa ini telah ada pemecah ombak atau ‘breakwater’ di muara Sungai Besut yang dibina pada 1998 dengan tujuan untuk mengurangkan masalah pemendapan pasir dan risiko banjir pada masa itu. 

"Namun dengan pembangunan yang semakin pesat pemecah ombak sedia ada tidak mampu lagi berfungsi sepenuhnya di mana timbul masalah kecetekan dan pengurangan kadar alir untuk keluar dari muara. 

Sehubungan itu, ia turut meningkatkan risiko banjir kepada penduduk setempat akibat air termenung.

Menurutnya lagi, projek pemuliharaan sungai yang memudahkan laluan keluar masuk bot nelayan dan pelancong serta mengurangkan risiko banjir dan mengurangkan hakisan pantai mampu menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat khasnya.

Simbolik kepada bermulanya fasa pertama projek pembangunan itu,  Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa Besut) di Kuala Besut, pada Ahad ini (16 April). - teganukite.net

Related Posts:

  • Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertingg… Read More
  • 3,000 Bungkus Nasi Lemak Percuma Menanti Pengunjung Kira-kira 3,000 bungkus nasi lemak dan minuman percuma menanti pengunjung tempatan dan pelancong asing terawal ke Program Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, bermula 31 Disember hingga 2 J… Read More
  • Permohonan Dana Tahun Baru Cina Dibuka Gambar hiasan Masyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan. Syarat kelayakan permohona… Read More
  • Pesilat Negara Terima Lot Tanah Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah… Read More
  • Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam. Menurut portal etinda… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:20 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan