Ahmad Razif menyarungkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah
Kerajaan negeri akan memperkenalkan insentif baharu kepada pemandu teksi negeri ini dengan memberi bantuan RM500 seorang untuk membeli tayar kereta.
Kaedah bantuan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memastikan ia menepati matlamat kerajaan bagi membantu golongan terbabit menyediakan perkhidmatan terbaik, selain mengurangkan bebanan mereka. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bantuan pembelian tayar itu hanya diberikan kepada pemandu yang menjadi ahli persatuan sahaja.
Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban pemandu kereta sewa negeri ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang makin tinggi.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini.
Menteri Besar selepas itu meninjau lokasi lawatan dan program Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Ahad ini, di Kuala Besut. - teganukite.net
|
Saturday, 15 April 2017
Related Posts:
Lebih 100 Bantuan Dari 'Lab Bajet' Idea Rakyat Terengganu Terengganu menyediakan lebih 100 jenis bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan hasil 'Lab Bajet' yang dilaksanakan di setiap daerah.Pada tahun lalu, 502 input dikumpulkan dalam pembengkelan bajet melalui… Read More
‘Rumah Terengganu’ Bakal Dibuka Di China Awal Tahun Hadapan Presiden OSTeC 16/17 Satria Asyraf (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Razif sempena Majlis Makan Malam OSTeC (Persatuan Pelajar Terengganu Luar Negara) 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu malam… Read More
Projek Tenaga Solar Di Teluk Kalong Dijangka Tarik Pelaburan RM262 Juta Kerajaan negeri melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan mampu menarik pelaburan sehingga RM262 juta hasil projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dija… Read More
Sukan SEA : Sultan Mizan Banggakan Negara, Pecah Rekod Temasya Sultan Mizan ketika ditemubual wartawan dari Bernama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kebanggaan negara dan rakyat! Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya mera… Read More
Terengganu Sasar 1,900 Pelajar Peroleh 6A Dalam UPSR Terengganu menyasarkan 1,900 pelajar atau 10 peratus daripada 19,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata … Read More