Monday, 17 April 2017


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan keyakinan tinggi bahawa Terengganu akan terus dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan perkembangan semasa dan kerja kuat dalam kalangan pemimpin parti.

Katanya, kemenangan di Dungun juga boleh dicapai sekiranya ada perpaduan dalam kalangan pemimpin kawasan itu tanpa adanya ‘cah keting’ sesama pemimpin UMNO.

“Berdasarkan sokongan ramai hari ini, ianya meyakinkan saya bahawa BN boleh menang di Dungun ini.

“InsyaAllah kita boleh menang besar tetapi perlu kerja kuat dan bersatu padu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB Kampung Santong, Paka Dungun, petang tadi.


Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.

Justeru, beliau menasihatkan supaya kepimpinan utama UMNO Dungun menjaga perpaduan jika mahu menakluki Parlimen Dungun dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sura, Bukit Besi, Paka dan Rantau Abang.

“Jangan ‘peteh’, ‘cah keting’. Pastikan Anggota Jawatankuasa turun sampai ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan PDM turun kepada Ketua Cawangan, Ketua Cawangan pula turun kepada Ketua kampung.

“Semua perlu dalam satu pasukan sebab kita kena tubuh kerajaan yang kuat kerana kita mempunyai visi dan misi yang besar untuk negara,” kata Mohd Najib. - teganukite.net

Related Posts:

  • PAS Tidak Bertanding, Bukan Beri Laluan Kepada UMNO - Ahmad Samsuri PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis bukan kerana memberi laluan, sebaliknya itu atas pelbagai pertimbangan selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan (PAS) di Selang… Read More
  • Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hamp… Read More
  • Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun. Menteri Besar, Dr Ahm… Read More
  • Simbolik Logo PITAS 2030 Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan a… Read More
  • Hospital Pengajar UniSZA Siap Sepenuhnya 2020 Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memperkasakan lagi peranan Fakulti Perubatan UniSZA kini mencapai 25… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan