Wednesday, 22 March 2017
Program Satu Komuniti Satu JPJ(SKSJ) yang diperkenalkan bermula 2009 di seluruh Malaysia memberi manfaat kepada 117,224 orang calon warga emas dan orang asli melalui pemberian Lesen Kelas B2 Motosikal.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan(Perancangan Dan Operasi) Pengangkutan Jalan(JPJ),
Dato’ Yusoff Ayob, berkata SKSJ memfokuskan warganegara Malaysia yang dikategorikan warga emas bermula 45 tahun ke atas bagi Semenanjung Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak.
Katanya,masyarakat orang asli yang berusia 21 tahun ke atas juga diberi peluang oleh JPJ untuk membantu mereka mendapatkan lesen Kelas B2 Motosikal.
"Terdapat lebih kurang 3.5 juta golongan yang layak mendapat lesen tetapi belum mendapatkannya di atas beberapa faktor seperti masalah buta huruf, tidak mahir komputer dan sebagainya.
"Dalam satu tahun, JPJ hanya mampu meluluskan 500,000 lesen sahaja daripada jumlah 3.5 juta melalui khidmat Sekolah Memandu yang ada di seluruh Malaysia. Sebab itulah kita melaksanakan SKSJ bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran lesen setiap tahun.
"Di Terengganu sahaja seramai 9,592 orang calon warga emas telah berjaya mendapat lesen melalui 22 siri program SKSJ yang dijalankan sejak 2009 sehingga sekarang,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.
Seramai 156 orang calon dari Hulu Terengganu mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak JPJ sendiri.
Jelas Yusoff lagi, setiap tahun sebanyak 1.2 juta saman dikeluarkan atas kesalahan jalan raya dan 30 peratus daripadanya adalah kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Sementara itu, Jailani berkata SKSJ merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar.
"Kita lihat pada masa sekarang masih ramai penunggang motosikal terutamanya warga tua di Hulu Terengganu ini masih tidak mempunyai lesen memandu.
"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana jika berlaku kemalangan, ia akan memberi masalah kepada mereka kerana tidak dilindungi insurans,"katanya lagi.
Jailani Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mencadangkan sebuah pejabat JPJ kekal ditubuhkan di daerah ini bagi kemudahan penduduk setempat berurusan. -teganukite.net
Related Posts:
Bakal Jemaah Haji Musim Ini Tidak Perlu Bimbang Krisis Melanda Timur Tengah - Pengerusi TH Seramai 33,000 bakal jemaah haji Malaysia yang dijadualkan ke Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, walaupun negara Timur Tengah itu sedang berdepan krisis, kata Pengerus… Read More
Maidam Terima Bayaran Zakat Dari Golden Pharos Berhad Muhamad Pehimi menyerahkan Zakat Perniagaan kepada M Rozi pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan GPB di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat p… Read More
562 Terima Bantuan Raya Sultan Mizan berkenan mengurniakan duit raya kepada penerima di Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Ha… Read More
Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus 15 Jun Ini Ahmad Razif menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anggota Tentera pada Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus. … Read More
Peniaga Bazar Ramadan Dinasihati Pertingkat Amalan Kebersihan Peniaga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dinasihati meningkatkan tahap kebersihan termasuk kebersihan diri dan aspek penyediaan makanan bagi mengekang penyebaran wabak penyakit bawaan makanan. Pengarah Kesihatan Ne… Read More