Wednesday, 22 March 2017
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) sedia mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat telekomunikasi yang mengenakan 'Hidden Charges'atau caj tersembunyi tanpa pengetahuan pelanggan mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, namun begitu beliau menasihatkan kepada para pelanggan supaya jangan mengambil mudah setiap perjanjian dengan syarikat Telco apabila mendapatkan perkhidmatan mereka.
"Sebagai pelanggan, baca dengan teliti perjanjian yang tertulis dan kaji apa yang ada dalam kandungannya.
"Tapi mungkin disebabkan tulisan yang terlalu kecil menyebabkan pelanggan tidak mengendahkannya. Saya minta kepada pihak pemberi perkhidmatan ini, ianya (tulisan)diperbesarkan bagi memudahkan orang ramai membaca terlebih dahulu sebelum mereka melanggan,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.
Jelasnya lagi, pihak penyedia perkhidmatan juga perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah dalam surat perjanjian kerana jika terlalu teknikal ianya sukar diterima oleh pelanggan.
"Syarikat telekomunikasi juga boleh membuat khidmat penerangan kepada pelanggan sebelum mereka melanggannya kerana jika sudah menandatangani perjanjian, adalah sukar untuk membuat aduan.
"Saya tak salahkan mana-mana pihak sebenarnya mungkin silap pelanggan itu sendiri yang tidak membaca dengan baik kandungan perjanjian yang tercatat...jadi nasihat saya tolong lihat dan baca terlebih dahulu,"katanya.
Menurut Jailani lagi, jika tiada tindakan susulan dibuat ke atas aduan tersebut, pelanggan boleh membuat aduan kepada Biro Aduan SKMM untuk tindakan seterusnya.
Pada awal Januari baru-baru ini, seorang lelaki tidak berpuas hati apabila sebuah syarikat telekomunikasi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakan.
Bagaimanapun, kes tersebut selesai secara damai apabila pihak Telco tersebut bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah pelanggannya itu.
Dan kes terbaru pula, seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari bertindak memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan kedai sebuah syarikat telekomunikasi di Sibu, Sarawak. - teganukite.net
Related Posts:
Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong, Buka 1,000 Peluang Pekerjaan Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu. Ahli Lembaga … Read More
Perkeso Sebarkan Kepentingan Caruman Demi Kesejahteraan Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terus menyebar luas peranannya sebagai satu organisasi yang prihatin bagi menyedarkan masyarakat kepentingan perlindungan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja di Malaysia.… Read More
Siswazah Menganggur Perlu Bijak Manfaat Teknologi Untuk Tambah Pendapatan Golongan belia terutama siswazah menganggur di negeri ini dinasihatkan memanfaatkan kemudahan teknologi dan media sosial untuk menceburi dunia perniagaan di alam maya sebagai sumber pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa … Read More
Terima Kasih Muridku - Ustaz Syed Abd Hamid "Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berasa amat terharu sebaik sahaja menjejaki kaki di Tanah Suci Mekah ini dengan usaha dan hadiah bekas seorang murid saya dahulu," kata Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali.Ustaz Syed,… Read More
Syarikat Alam Dingin Guna Kepakaran Tempatan Ahmad Razif meninjau keadaan kilang milik Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd. Perkembangan dan pembangunan alaf baru syarikat Alam Dingin yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Ke… Read More