Wednesday, 22 March 2017


Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling Coral Crown Bowl (CCB) dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkat.

Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, dimana penangguhan pembukaan sebelum ini adalah disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance(CCC) mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal.


Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, pihak PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung.

“Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.

“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandaraya ini khususnya kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya.

Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar. Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan … Read More
  • 600 Sertai Program Kayuhan Muhibah Seramai 600 peserta menyertai Program Kayuhan Muhibah yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini. Pelepasan peserta kayuhan yang bermula di Dataran Batu Burok dan berakh… Read More
  • Kerajaan Beri Insentif Untuk Pengusaha Beca, Bot Penambang Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli. Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Mel… Read More
  • PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLU… Read More
  • Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017 Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong. Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan