Wednesday, 22 March 2017
Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemampuan mengambil barangan keperluan asas dan sebagainya tanpa perlu berbelanja.
Katanya lagi, peserta e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki.
"Pasar ini kita rancang setiap Isnin minggu pertama setiap bulan dan hari Isnin kita dah isytiharkan hari tanpa mesyuarat.
"Ini juga akan memberi ruang untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai. Pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memberikan sumbangan mereka juga boleh berbuat demimian, "katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan hari bertemu pelanggan di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari yang sama mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
"Kita akan bermula di WDI pada minggu depan dengan penyediaan kanopi yang menjadi pusat pengumpulan barang-barang yang disumbangkan dan sebagai pusat menerima sumbangan orang ramai.
Jelasnya lagi, kutipan sumbangan orang ramai untuk program amal itu akan digerakkan selama tiga minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan. - teganukite.net
Related Posts:
Kembara 200 Km PENGEMUDI UniSZA Agih Makanan Sahur Sebanyak 200 juadah sahur diagihkan kepada petugas yang bekerja pada waktu malam di sepanjang jalan bermula Ladang Pasir Akar, Besut sehingga ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus sempena Kembara Sahur … Read More
Kerajaan Negeri Sedia Terima Pandangan, Kritikan Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri sentiasa bersedia mener… Read More
Terengganu Rekod 1,077 Kes Ingkar Perintah Nafkah Replika cek bantuan pendahuluan nafkah RM200,000 daripada Maidam kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Bah… Read More
Terengganu Jalin Hubungan Baik Dengan Pusat- Ahmad Samsuri Ahmad Samsuri bersalaman dengan tetamu termasuk kanak-kanak yang menghadir iMajlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadhari Paka, petang semalam . Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan menjala… Read More
Kenderaan Amphicoach Untuk Pelancongan Diteruskan - Ariffin Kenderaan Amphicoach atau bas dua alam akan diteruskan bagi tujuan tarikan pelancongan ke negeri Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman. Katanya, k… Read More