Sunday, 5 February 2017


Terengganu berhasrat memperluaskan Program Free Market Anak Perantau  ke semua zon seluruh negara dalam tempoh terdekat bertujuan memberi manfaat kepada anak negeri yang berada di luar Terengganu.

Antara zon yang akan terlibat Zon Pantai Timur, Zon Lembah Klang, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak.


Manakala program sama peringkat Zon Lembah Klang yang diperkenalkan Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) mulai hari ini akan diadakan setiap bulan dengan tempoh yang lebih panjang.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berharap penganjur dapat mengadakan program seumpama itu selama dua hari berturut- turut pada setiap bulan.

"Banyak manfaat boleh diperolehi daripada program itu, bukan sahaja boleh mengambil pelbagai barangan kelengkapan harian dan keperluan dapur secara percuma malah mendapat pelbagai manfaat sampingan lain.


"Anak perantau juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan kaunter T- Cakna melalui agensi yang terlibat, "katanya.

Antaranya Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan, Yayasan Terengganu (YT), Suruhanjaya Pilihanraya dan Yayasan Pembangunan Keluarga.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Selepas Program Free Market Anak Perantau di perkarangan Pejabat YT di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi KADIM, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.


Kira- kira 3,000 anak Terengganu terutama yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur dijangka hadir pada program yang akan berakhir pada jam 3 petang ni.

Ahmad Razif berkata, pihak berkaitan giat menghebahkan program itu melalui pelbagai saluran  sama ada melalui siaran televisyen, hebahan radio, media cetak dan dalam talian.

"Kira- kira 3,000 anak Terengganu di Lembah Klang sewajarnya mengambil peluang dengan apa yang disediakan kerajaan Terengganu itu, "katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tabung Darul Iman Ditambah BaikKerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik Tabung Darul Iman yang diwujudkan kerajaan sebelum ini demi dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangu… Read More
  • Cari Penaja Bantu Biayai Pengurusan Zoo Bukit Takal Ahmad Samsuri bersama rombongan meninjau sekitar Zoo Bukit Takal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail   Kerajaan negeri bercadang bekerjasama dengan agensi swasta dan pelabur luar bagi membiayai dan memajukan Taman… Read More
  • 10,000 Tetamu Meriahkan Raya DUN Bukit Payong Mohd Nor menyambut ketibaan Menteri Besar bersama rombongan di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undan… Read More
  • Sidang DUN Pertama Penentu Hala Tuju Negeri Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama d… Read More
  • Sentuhan Kasih Petronas Peruntuk RM1 Juta Bantu Golongan Miskin Program Sentuhan Kasih Petronas memperuntukkan RM1 juta untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Terengganu.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, pihaknya berbesa… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
5:25 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75722
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan