Sunday, 5 February 2017
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999), Dato' Muda Mamat, 66, dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bermula kelmarin (1 Februari).
Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) menggantikan Ab Rosid Jusoh yang bertukar ke jawatan Yang Dipertua Daerah Besut.
Muda yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004)juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri sejak 2014 sehingga kini.
Beliau yang memiliki latar belakang pendidikan agama dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang, Selangor (1971-1973 ) amat berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Ukom dan bersedia memikulnya selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.
Pemegang Ijazah Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974-1978) itu juga mahu memastikan Ukom selaku komponen penting di bawah Pejabat Menteri Besar dapat membantu menterjemahkan hasrat pentadbiran negeri menerusi lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya mampu difahami serta dihayati oleh rakyat dengan sedalam-dalamnya.
Beliau juga yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji & TH Properties (2004 -2009) akan memperkasakan dan menambah nilai setiap inisiatif serta agenda pembangunan kerajaan menerusi medium komunikasi seperti media cetak, elektronik selain media sosial masa kini supaya 'kecil bagi kita, besar bagi rakyat' dapat diterjemahkan. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Tuan Rumah Muktamar PAS Pusat 2018 Datuk Seri Abdul Hadi memotong kek sambutan Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat yang berlangsung pada 14 hingga 16 S… Read More
Operasi Padam Kebakaran KBC Selesai Operasi pemadaman kebakaran tiga bua tangki menyimpan minyak mentah milik kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Pe… Read More
Kerajaan Negeri Akan Selesaikan Projek Padang Setengga Kerajaan negeri akan memastikan Projek Perumahan Padang Setengga fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak 2010 diselesaikan secepat mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan A… Read More
Kartun Gila-Gila Jadi Tumpuan Kartun Majalah Gila-Gila yang terkenal ketika era 70-an menjadi tumpuan utama pengunjung ke Pameran Kartun dan Kita 2018 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Dewan Mendalika, di Muzium Negeri Terengganu , Losong K… Read More
Pengorbanan Pasukan Keselamatan Padam Kebakaran KBC Dihargai Kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertungkus lumus memadam kebakaran tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC) sejak Khamis lalu, sehingga berjaya dipulihkan sepenuhnya hari in… Read More