Monday, 13 February 2017
-
February 13, 2017
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia menerima RM200,000 sumbangan sebuah syarikat swasta melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) untuk pembangunan sekolah perkampungan orang asli di Sungai Berua, Hulu Terengganu.
Syarikat T7 Global Berhad yang beroperasi di Kemaman,Terengganu bersetuju menyumbang bajet bagi pembinaan satu blok bangunan dilengkapi empat bilik darjah dan dua bilik air di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua.
Pegawai Pendidikan Daerah,Jalaluddin Ismail berkata, bangunan baru tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini akan menyelesaikan dua isu utama di sekolah tersebut.
"Isu pertama, mengenai bilik guru yang selama ini beroperasi di bangunan kantin tanpa dinding kerana pihak sekolah terpaksa mengorbankan ruang bilik guru sebelum ini untuk dijadikan bilik aktiviti murid,
"Selain itu kita juga akan selesaikan masalah penggabungan kelas..maksudnya selama ini dalam satu kelas ada dua kumpulan murid yang dipisahkan dengan penghadang...jadi apabila siap bangunan ni, masalah tidak lagi timbul,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan di SK Sungai Berua, hari ini.
Sementara itu, guru besar sekolah itu, Mohd Noor Zakaria berkata, beliau bersyukur dengan sumbangan bangunan itu demi pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak orang asli di sekolahnya.
"Kita ada 88 orang pelajar dan 20 guru serta kakitangan dekat SK Sungai Berua dengan kapasiti dua blok bangunan sahaja yang ada,
"Sudah dua tahun kita menggunakan ruang terbuka di kantin sebagai bilik guru...bayangkan kalau hujan ribut..memang susah kami bekerja tapi demi murid di sini,kami teruskan perjuangan mendidik.
"Tapi apabila siap bangunan baru nanti, para guru akan lebih selesa di samping banyak masalah sebelum ni akan diselesaikan termasuk keperluan kelas untuk makmal, bilik khas,perpustakaan dan sebagainya yang perlu ada di sekolah," katanya lagi. - teganukite.net
Related Posts:
5,000 Pengakap Kanak-kanak Berkampung Di Terengganu 6 - 10 Julai Seramai 5,000 peserta Korobori Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Malaysia dijadualkan berkampung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus bermula 6 Julai sehingga 10 Julai ini. Korobori merupakan perhimpuna… Read More
Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan men… Read More
RHB Bank Taja RM150,000 Jayakan Penyelidikan Bidang Kewangan UMT Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum. RHB Islamic Bank Berhad menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed… Read More
RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.Pengerusi… Read More
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di Medan Indonesia Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Universiti Sultan Zainal Abidi… Read More