Sunday, 26 February 2017
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu merintis inisiatif di negeri ini untuk mempromosikan pengambilan buah dan sayur bagi membudayakan amalan makan secara sihat di kalangan masyarakat.
Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Noriah Mahmud berkata, melalui pengambilan pelbagai buah dan sayur dapat melahirkan masyarakat yang peka terhadap cara pemakanan yang sihat seterusnya dapat meningkatkan prevalen pengambilan buah dan sayur.
"Hari ini kita lancarkan kempen ini bagi meningkatkan kesedaran pengambilan buah dan sayur mencukupi dalam pencegahan dan perawatan penyakit.
"Jadikan amalan suku suku separuh dalam kehidupan seharian iaitu suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayur serta buah untuk badan yang sihat.
"Sebab kajian jelas terbukti bahawa pengambilan dari tumbuhan oleh mengurangkan insiden kejadian penyakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti," kata Noriah kepada pemberita.
Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Kempen Makan Buah & Sayur Dan Kempen Pinggan Sihat Peringkat Daerah Hulu Terengganu di KB Street,Kuala Berang, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’Tengku Putera Tengku Awang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang.
Sementara itu,Tengku Putera berkata, kempen itu merupakan satu jalan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya amalan ke arah hidup yang sihat.
"Yang paling penting, kita perlu membudayakan amalan pemakanan bermula di rumah dengan mendidik anak-anak tentang pentingnya mengamalkan pengambilan buah dan sayur,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Annuar Tidak Berhasrat Sambung Kontrak Pengerusi Mara Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai Pengerusi Mara dan hasrat ini telah nyatakan dalam satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri(PM), Dato' Seri Nohd Najib Razak, demikian jelas Ketua Penerangan U… Read More
Wanita UMNO Perkasakan JR & JR Plus Hadapi PRU 14 Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR)dan JR Plus sebagai platform utama sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.Ketua Pergerakan Wanita UMNO … Read More
Maidam Beri Khidmat Peguam Percuma Kepada Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ism… Read More
Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Mangsa Bot Terbalik Di Muara Kuala Dungun Kerajaan negeri akan membantu keluarga mangsa yang kehilangan ketua keluarga akibat lemas dalam kejadian bot terbalik di muara Kuala Dungun, Rabu lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mema… Read More
Dr Fauziah Dianugerah Tokoh NGO Wanita Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Dr Fauziah pada Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim Anak jati Terengganu, Timbalan P… Read More