Friday, 6 January 2017



Seorang surirumah yang baharu sembilan hari melahirkan anak terpaksa  berpantang di pusat permindahan banjir selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh dinaiki  air sedalam dua meter.

Zaini Ali, 28 dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong bersama bayinya, Wan Alis Zahrah Wan Azlan, kira- kira jam 1.30 petang kelmarin.

"Setiap kali tiba musim tengkujuh,  pasti saya dan ahli keluarga lain tidak lena tidur mengenangkan rumah  bakal dimasuki air.

" Situasi itu dialaminya sejak kecil dan berpindah ke pusat permindahan banjir sudah menjadi amalan hampir setiap tahun, " katanya.

Zaini berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, di pusat permindahan itu, malam tadi.

Seramai 312 mangsa banjir membabitkan 58 keluarga dari empat kampung sekitar dipindahkan ke pusat permindahan itu sejak kelmarin.

Mangsa banjir lain, Semek Mat Zain, 80, berkata kali kedua  dan keluarga cucu berpindah ke pusat permindahan banjir, kali pertama pada 2014.

"Pengalaman lalu, membuat cucu bersedia lebih awal dengan mengangkat peralatan elektrik, perkakas dapur, pakaian dan perabot ke tempat tinggi pada minggu lalu.

"Saya dan keluarga cucu berpindah selepas  mendapat arahan dari pihak berkuasa kerana rumah sudah dimasuki air pada paras lutut, "katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM2,000 Setiap Pemuda Bahagian Anjur Jom Singgah Sahur Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu memperuntukkan RM2,000 kepada lapan bahagian bagi melaksanakan 'Jom Singgah Sahur' Pemuda UMNO  pada kali ini secara serentak di lokasi terpilih.Ketuanya, Johari Abu Bakar berk… Read More
  • MBDHT, Xiri Kuala Berang Rai Anak Yatim Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) dengan kerjasama Pasaraya Xiri, Kuala Berang  meraikan 50 anak yatim dari sekitar daerah  sebagai persiapan menyambut Aidilfitri  tidak lama lagi.Pengerusinya,Md N… Read More
  • MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai meny… Read More
  • Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubu… Read More
  • Felda Agih 3.86 Juta Untuk Peneroka Terengganu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)Wilayah Terengganu memperuntukkan RM3.86 juta untuk diagihkan kepada 4,900 peneroka Felda di Terengganu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:28 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan