Tuesday, 17 January 2017

Ramadhan (bertongkat) dijangka berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini.

Hasrat terakhir pesakit leukemia tahap empat, Muhammad Ramadhan Alias,20, 
untuk mengerjakan umrah tercapai apabila bakal berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini (Rabu).

Ramadhan ditemani ibunya, Saibah Yaacob akan mengerjakan ibadat itu selama 10 hari dan dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus Ke Kuala Lumpur, pada 3.45 petang esok.

Dia mendapat tajaan sepenuhnya daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) dan kerajaan negeri yang terpanggil menunaikan impian pemuda itu.

Sebelum itu, dalam pertemuannya dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 5 Januari lalu, Ramadhan juga menzahirkan hasratnya untuk menunaikan umrah sementara masih berupaya berbuat demikian.

Ramadhan telah disahkan menghidapi leukemia pada Jun 2016 dan pada ketika itu berada di tahap ketiga.

Menurut Ramadhan, pakar perubatan memberi tempoh selama empat bulan kepadanya untuk terus hidup. - teganukite.net

Related Posts:

  • 99 Kertas Kerja Dibentang Pada Persidangan ICDETAH 2017 Ghazali ketika berucap di Majlis Penutup Persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail Sebanyak 99 kertas kerja dibentangkan pada persidangan Antarabangsa Komunikasi, Teknologi Maklu… Read More
  • Pasar Percuma Di Seluruh Daerah Mulai April Ini Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemam… Read More
  • Pusat Boling, Panggung Wayang Buka Mac Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini. Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Sami… Read More
  • Hotel PB Square Dijangka Siap April Ini Hotel Paya Bunga (PB) Square dijangka siap sepenuhnya pada akhir April ini. Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Samiun Salleh berkata, secara keseluruhan kerja-kerja fizikal hotel tela… Read More
  • Bandar Raya Kuala Terengganu Bergelap Sambut Earth Hour Bandar Raya Kuala Terengganu termasuk premis perniagaan serta bangunan kerajaan di kawasan tersebut bakal bergelap selama sejam bermula jam 9 malam pada 25 Mac ini bagi menunjukkan sokongan kepada program Earth Hour yang … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:20 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan