Monday, 2 January 2017


Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 50,000 pengunjung bakal mengunjungi Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik yang berlangsung selama enam bulan di ruang legar Muzium Negeri Terengganu bermula semalam.
Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Abd Rahman berkata, pameran yang berkonsepkan paparan keunikan budaya dan keindahan negeri melalui alam semulajadi dan sejarah itu adalah salah satu medium mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula kepada Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.
“Pameran ini juga bertujuan memperkenalkan kepada pengunjung tentang kepelbagaian produk makanan khususnya makanan tradisional negeri ini selain mempamerkan kesan-kesan sejarah, keunikan batuan dan flora, fosil-fosil haiwan dan sebagainya.
“Kita mengharapkan ianya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat selain kerjasama penggiat pelancongan dengan membawa pelancong sempena VBT 2017 berkunjung ke muzium untuk mengenali lebih dekat kepelbagaian khazanah alam, keunikan dan keindahan negeri Terengganu yang ditonjolkan melalui pameran ini,” ujarnya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Pelancaran Kalendar Aktiviti 2017 Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri, hari ini.
Menurut Tengku Zaihan, pameran ini merupakan pameran pertama yang dilaksanakan secara NBOS oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan sebanyak 257 koleksi gambar dan lukisan.
“Bagi merealisasikan objektifnya terdapat lebih dari 50 koleksi artifak budaya dan foto keindahan alam semulajadi dan tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut.
“Ianya turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpulkan pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan imej terengganu melalui medium seni lukis,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai… Read More
  • Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan) … Read More
  • JPNT Sasar 8,000 Pengunjung Sempena MITEC Antara gerai pameran yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada MITA Fair di Mitec Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mensasarkan 8,000 pengunjung ke gerai Terengganu di Pusat Dagang… Read More
  • Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bila… Read More
  • Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif  Abd Rahman berkata… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan