Tuesday, 3 January 2017


Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula dibuka di Masjid Kampung Peneh yang melibatkan 55 mangsa daripada 8 keluarga.

"Angka akan bertambah lagi memandangkan hujan dan air Sungai Berang makin naik termasuklah air Sungai Telemong juga semakin meningkat semula.

"Kami dalam proses berjaga-jaga ke arah pembukaan balik pusat pemindahan di Pasir Dula dan Kampung Kuala Ping," katanya ketika dihubungi Teganukita.


Menurut Azmi, setakat ini setakat ini hanya dua pusat permindahan yang masih beroperasi iaitu di Bukit Tadok, masih kekal dengan 152 mangsa daripada 18 keluarga.

Jumlah keseluruhan melibatkan dua pusat pemindahan berkenaan adalah seramai 207 orang daripada 71 keluarga.

Mengikut laporan, bacaan paras Sungai Berang di Pengkalan Ajal terkini 16.12m (0.12m melebihi paras bahaya).

Terbaru setakat jam 10 pagi ini, pusat pemindahan Kampung Lubuk Periuk telah mula dibuka dengan pendaftaran seramai 12 keluarga melibatkan 60 mangsa. - teganukite.net

Related Posts:

  • Otai Belia Digesa Tubuh Persatuan Baharu Ahmad Razif menyampaikan cenderahati kepada peserta di Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku  Syamim Tengku Isma… Read More
  • MB Bersarapan Bersama Ketua Perwakilan Asing Ahmad Razif dan isteri bergambar bersama ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini. Foto oleh: Zulkifli C.W. Putra Di sebalik kesibukan tugas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Ra… Read More
  • RM100,000 Hadiah Buat Pesara Guru Untuk Bulan Madu Kedua Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Terengganu untuk mengadakan kursus 'Second Honeymoon' pada tahun ini.Menteri Besar… Read More
  • Terima Kasih Warga Pendidik - MB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan Selamat Hari Guru dan berterima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru, hari ini. Ahmad Razif berkata, kecemerlanga… Read More
  • Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Samb… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
4:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74678
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan