Sunday, 1 January 2017


 Seramai 22,515 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di seluruh Terengganu, hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terdapat peningkatan jumlah murid yang mendaftar pada tahun ini, berbanding 19,800 orang tahun lalu.

“Ini menunjukkan kadar kelahiran di negeri ini telah meningkat selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

“Kita mengharapkan tahun 2017 terus mengulangi kehebatan Terengganu dalam bidang pendidikan dan kerajaan negeri akan memberi lebih fokus terutama dalam peperiksaan UPSR,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Razif berkata, walaupun Terengganu berdepan dengan musibah banjir, sebahagian besar sekolah dapat memulakan persekolahan hari ini.

“Hanya 25 buah sekolah di tiga daerah tidak dibuka pada hari pertama sesi persekolahan kerana terlibat dengan banjir iaitu 22 buah sekolah di Hulu Terengganu, Setiu (2) dan sebuah di Marang.

“Disebabkan ada di antara sekolah terbabit yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, terputus laluan dan keadaan sekolah yang terjejas akibat banjir memaksa sekolah-sekolah ini ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan pulih seperti biasa,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Simbolik Logo PITAS 2030 Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan a… Read More
  • Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun. Menteri Besar, Dr Ahm… Read More
  • Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hamp… Read More
  • Terengganu Teliti Penyaluran 20 Peratus Royalti Minyak Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.Menteri Besar… Read More
  • Bazar Kahwin Tarik 10,000 Pengunjung Tuan Faizah melawat pameran Bazar Kahwin. Foto Abu Ubaidillah Bazar Kahwin Pantai Timur 2018, karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung.Program selama tiga hari itu berla… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:31 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan