Sunday, 11 December 2016


Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut,  sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam.

Lebih 2,000 penduduk sekitar termasuk peserta menjayakan program yang pertama kali diadakan dengan pengisian acara seperti menangkap ikan, pukul bantal, bola baling, bola jaring, lumba kubota dan tangkap itik di petak tanaman padi yang dipenuhi air dan berlumpur.


Program bertujuan mendekatkan generasi muda dengan sukan tradisional dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.

Pengerusi penganjur, Mohd Fahami Zakaria berkata, program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kerandang dan Kampung Tempinis itu pertama kali diadakan dan sambutannya amat mengalakkan.

"Lebih 2,000 hadir termasuk 300 peserta sukan. Program yang bertemakan menghayati kehidupan desa ini menampilkan 14 acara sukan dan penyertaan daripada penduduk dari enam buah kampung amat mengalakkan.



"Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan sekiranya mendapat persetujuan pemimpin atasan kerana ia banyak membantu ke arah perpaduan dan merapatkan hubungan di kalangan penduduk sekitar, selain mengekalkan sukan tradisi di kalangan generasi muda, "katanya.

Related Posts:

  • KRT Dan SRS Bantu Kurang Jenayah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman mengucapkan syabas kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di DUN itu. Berucap ketika hadir pada program Majlis Ramah Mesra S… Read More
  • Pemimpin Bersama Komuniti Di Felda Selasih Meriah Lebih 2,000 hadir menjayakan program Pemimpin Bersama Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan yang diadakan di Felda Selasih, Parlime… Read More
  • 60 Pelajar UCB Terima Zakat Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini. Majli… Read More
  • RM5,000 Untuk Kelab Belia Seluruh Terengganu Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli. Pengerusi Persatuan Kelab-Ke… Read More
  • NGO Disaran Perbanyak Program Islamiah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Terengganu disarankan agar bersama- sama penduduk setempat memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan dan  program islamiah di setiap surau dan masjid terutama sepanjang bulan Ramadan.Is… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan