Wednesday, 28 December 2016

Gambar hiasan

Masyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan.

Syarat kelayakan permohonan dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 berbanding hanya RM2,000 sebelum ini.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.my

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Khidmat Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan menerusi talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.

Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti  bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan  dan bertukar alamat.

“Mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan.

“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan  di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada teganukita

Selain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 23 Januari dan berakhir 23 April 2017. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sidang DUN: Bantuan Kerajaan Meliputi Tabung Serangan Binatang Buas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman. Komitmen kerajaan memberi bantuan dan peruntukan kepada rakyat yang kurang berkemampuan turut merangkumi Tabung Serangan Mangsa Binatang… Read More
  • Tiga Beradik Dapat Rumah Komuniti “Saya bersyukur selepas lebih 20 tahun kami tiga beradik tinggal bersama nenek, akhirnya diberikan sebuah rumah percuma untuk tinggal berasingan,” kata Norehan Mohd Nor, 24, dari Kampung Belakang Gudang, Jertih. Tig… Read More
  • E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media… Read More
  • Galeri Antartika Akan Dibangunkan Di PSKT Sultan Terengganu berkenan merasmikan program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri bercadang membuka galeri Anta… Read More
  • 7,185 Unit Rumah Untuk Rakyat Sebanyak 7,185 unit rumah membabitkan 24 projek Rumah Mampu Mililk (RMM) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Terengganu siap dibina dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undanga… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:22 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan