Tuesday, 6 December 2016


Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen Terengganu) akan menganjurkan Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu selama dua hari bermula Khamis ini.

Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin H. Mahmud berkata, pelbagai acara menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung temasuk ceramah perdana hal ehwal Islam, pertandingan mewarna dan pameran jabatan serta agensi kerajaan.

Katanya, selain itu turut diadakan taklimat bajet negeri Terengganu 2017 pada 9 November bermula 9 pagi di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

“Orang ramai juga berpeluang melihat dan membeli barangan yang dihasilkan oleh ahli K1M seperti makanan ringan dan hasil kraftangan selain menyertai cabutan bertuah untuk mereka yang hadir pada majlis itu.

“Penganjuran Karnival K1M bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama antara K1M di negeri ini selain menggalakkan keterlibatan ahli K1M dalam mengurus program secara bersama,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin berkata, karnival yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta itu diharap mampu mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak kerajaan selain dapat memberi perkhidmatan terus kepada rakyat.

Katanya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari dijangka akan merasmikan karnival itu pada 9 November 2016.

“Sehubungan itu, masyarakat di daerah Hulu Terengganu terutama di sekitar tapak karnival dijemput hadir bagi memeriahkan karnival K1M selain berpeluang mendapat maklumat tepat mengenai agensi yang mengambil bahagian pada karnival itu,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • UniSZA, Pelancongan Agih Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai Sukarelawan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai Tradisi memasak dan menyediakan juadah bubur lambuk secara bergotong-royong yang diamalkan sejak 2015 diteruskan Pusat Islam Unive… Read More
  • Kelab WDI Agih 2,500 Bekas Bubur Lambuk Nawawi bersama ahli kelab WDI bergotong royong memasak bubur lambuk. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Lebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan Kelab Wisma Darul Iman kepada pengguna jalan raya, ahli kelab dan pelanggan … Read More
  • Terengganu Sedia Bas Percuma Mahasiswa Balik Raya Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada 23 Jun ini (Jumaat). Yang DiPertua P… Read More
  • Dana Raya : Terima Kasih Kerajaan Rata-rata penerima bantuan Dana Raya tahun 2017 amat berterima kasih dan gembira dengan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu kerana mampu meringankan bebanan mereka untuk membuat persiapan lebaran kurang seminggu… Read More
  • 60 Pelajar UCB Terima Zakat Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini. Majli… Read More

Demi Masa

RABU, 19 Mac 2018
6:39 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74711
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan