Thursday, 29 December 2016

Ahmad Razif

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu amat mengecewakan berikutan Tun M sendiri tidak dapat membezakan antara rasuah dengan pemberian bantuan.

Katanya, pemberian BR1M pada ketika ini adalah seperti yang pernah dilakukan pada zaman pemerintahan beliau sendiri, ketika zaman kegawatan ekonomi pada 1999 namun melalui pendekatan berbeza.

“Ketika mengalami krisis ekonomi pada tahun 1999 dahulu, apa yang dilakukan adalah dengan memberi projek kepada kontraktor-kontraktor untuk membina sekolah, projek kepada kontraktor kelas F serta menaikkan had nilai kerja daripada RM100,000 ke RM200,000.

“Apa yang dibuat oleh Tun M pada masa itu adalah sama dengan Dato’ Seri Mohd Najib lakukan kerana  ianya berasas kepada meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik. Kalau ditafsirkan apa yang dilakukan hari ini (BR1M) adalah rasuah maka yang diberi pada masa itu juga adalah rasuah, rasuah kepada kontraktor,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.

Tambah Ahmad Razif, pemberian BR1M adalah lebih tepat kerana ianya diberikan terus kepada golongan yang layak dan ianya wajar diteruskan.

Katanya, pemberian BR1M bukan hanya membantu golongan berpendapatan rendah malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat.

“Dengan pemberian BR1M sudah tentu penerima tidak akan berbelanja di luar negara tetapi mereka akan berbelanja di dalam negara dan dia membeli di kawasan setempat.

“Maka peniaga goreng pisang, sayur, ikan dan lain-lain di kawasan tersebut turut akan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 27 Julai Ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput orang ramai ke Program Cerapan Fenomena Gerhana Bulan Penuh  bertempat di Masjid UniSZA Kampus Gong Badak, pada 27 Julai ini, bermula jam 8.00 malam.Program bertujuan … Read More
  • Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktivi… Read More
  • Hospital Pengajar UniSZA Siap Sepenuhnya 2020 Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memperkasakan lagi peranan Fakulti Perubatan UniSZA kini mencapai 25… Read More
  • 79 Mat Rempit Subuh Secara Berjemaah Superitenden Mohd Said Ibrahim. Seramai 79 Mat Rempit dibawa menunaikan solat Subuh secara berjemaah selepas ditahan kerana melakukan kesalahan berlumba haram dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman, semalam.Ope… Read More
  • Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyu… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:53 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan