Monday, 19 December 2016

Seramai 1,260 pengayuh basikal lasak tempatan dan luar negara mengesahkan penyertaan di kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang pada 24 Disember (Sabtu) ini.

Program yang menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM13,000 itu turut mendapat penyertaan peminat sukan lasak berbasikal dari Thailand, Bangkok, Singapura dan juga Brunei.

Sebanyak  lapan kategori akan dipertandingkan seperti Men Junior (17 dan ke bawah), Men Open (18-35 tahun), Men Master (36-44 tahun), Men Veteran 45 dan ke atas), Kak Chik (34 ke bawah) dan Kak Long (35 ke atas).

Kategori lain, Fat Bike Open, Heavy Weight (90 kg) dan Terengganu Closed mengutamakan pengayuh baru yang belum pernah memenangi acara berbasikal (podium).

Penganjuran pertama kali oleh kerajaan negeri melalui  Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai platform mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Pengurus Promosi sekretariat itu, Ahmad Fathil Abdul Ghani, berkata, pada masa sama mahu menonjolkan sub sektor sukan dan eko pelancongan di lokasi terbaik yang terdapat di Terengganu.

Katanya, Kampung Batangan, Marang dipilih menjadi lokasi kejohonan memandangkan bentuk muka buminya yang bersesuaian untuk aktiviti basikal lasak dan ekstrim di negeri ini.

“Secara tidak langsung, kejohanan seumpama itu mampu meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelancongan masyarakat setempat seperti mempopularkan lagi industri keropok lekor, dodol daun palas, manisan kelapa, batik, sutera ,industri kraf, perhotelan, chalet dan inap desa setempat,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pend… Read More
  • Sekolah Menengah Baru Untuk Penduduk Kampung Serada Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.Menteri Pendidikan, Dato’ … Read More
  • ‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi… Read More
  • Ahmad Razif Seru NGO Berjihad Ahmad Razif ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razi… Read More
  • Tiada Istilah Anak Tiri Untuk Perantau Terengganu Ahmad Razif bersama perantau dari Komuniti Anak Darul Iman Malaysia (Kadim) dalam Majlia Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail. Per… Read More

Demi Masa

AHAD, 29 Jun 2018
1:41 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75853
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan