Sunday, 20 November 2016


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan menimbangkan pengharaman penggunaan belon helium dan hidrogen dalam sebarang acara rasmi di negeri itu.


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengeluarkan arahan menggantung penggunaannya serta-merta sementara siasatan dijalankan susulan kejadian belon meletup di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Jumaat.


Menurut Ahmad Razif, pihak berkuasa tempatan juga diminta menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap peniaga belon di pantai peranginan di negeri itu yang menggunakan gas tersebut.


“Kerajaan negeri akan melihat semula mana-mana majlis kita yang menggunakan belon jenis ini. Kita akan melihat balik melalui laporan dan kemungkinan kita tidak akan benarkan lagi penggunaan belon ini dalam acara-acara yang diadakan di negeri Terengganu.


Ahmad Razif ditemui selepas melawat mangsa belon helium meletup di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Menurutnya, kerajaan negeri sudah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan dan sedang menunggu laporan daripada beberapa agensi berkaitan.
Beliau berharap insiden yang berlaku tidak memberi kesan trauma dan kecacatan kekal kepada mangsa dan sebagai tanda simpati, pihaknya akan melihat keperluan yang boleh disalurkan, terutama kepada mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak. - Astro Awani

Related Posts:

  • Hotline Mudahsokmo Apabila adik iparnya de­ngan nada keterujaan memberitahu telah mene­rima surat tawaran melanjutkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sewaktu dia singgah menjenguk mentua di Padang Muar dekat sini, Khalilah Mustafa,… Read More
  • BN Terengganu Mahu Tambah Empat Parlimen, Lapan DUN Baru Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan persempadan semula empat Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini jika memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  nanti.Pen… Read More
  • Kenaikan Gaji Satu KGT Untuk Penjawat Awam Negeri Terengganu Menteri Besar bergambar dengan pemimpin dan sebahagian wanita Barisan Nasional selepas melancarkan JR PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, … Read More
  • 484 Penduduk Seberang Takir Terima Bantuan JKM Ahmad Razif mengagihkan bantuan JKM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Seramai 484 penerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat   kawasan Seberang Takir menerima bantuan  yang bernilai RM99,300, petang se… Read More
  • Mansuh ECRL Merugikan Rakyat Terengganu Mohd Zubir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. “Satu perkara bagi saya akan merugikan orang Terengganu ka… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:48 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan