Wednesday, 23 November 2016


Kerajaan negeri membina dua jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Setiu sebagai langkah jangka panjang untuk menghalang gajah liar memusnahkan tanaman penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata jajaran pembinaan SPEG sepanjang 34 kilometer (km) di Kampung (Kg) Pelong itu siap dan digunakan sejak  2013.

Manakala pembinaan SPEG di Kg Payung sehingga Chalok Barat sepanjang 2.5 km bagi fasa pertama dan 7 km (fasa kedua) pula diguna pakai  pada 2014.

“Kos keseluruhan bagi projek di bawah penyelenggaran Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu itu hampir RM 2.7 juta.

“Manakala sebanyak RM200,000 lagi diperuntukkan pada setiap tahun bagi kos penyelenggaraan SPEG,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap) pada hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, apa yang dikesalkan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab bertindak mencuri dawai dan kompenan SPEG sehingga mengakibatkan bacaan voltan pagar itu berkurangan.

“Ada juga penduduk terlupa menutup dan sengaja membiarkan pagar SPEG terbuka dan mengakibatkan gajah memusnahkan tanaman penduduk pada waktu malam.

“Bagaimanapun  kerjasama penduduk setempat untuk bersama-sama  penguatkuasa JPNT mengawal kawasan  tetap diperlukan bagi mengelakkan kecurian dan pecerobohan gajah liar,” katanya.

Muhamad Pehimi berkata, sepanjang tempoh lima tahun bermula 2011 sejumlah lapan ekor gajah liar berjaya ditangkap menggunakan teknik tembak halau dan dipindahkan ke habitat asal di Taman Negara Terengganu.

Tambahnya, terdapat 30 gajah liar dikesan sering menganggu tanaman penduduk di Setiu melibatkan 16 ekor  di Kg Pelong dan Kg Gerdong, manakala 14 ekor di Kg Payung  dan Kg Chalok Barat.


Menurutnya, populasi gajah liar di Terengganu dianggarkan berjumlah antara 400 hingga 450 ekor. - teganu.net

Related Posts:

  • Ahmad Razif Doakan Ramadhan Sembuh Ramadhan dan ibunya sempat beramah mesra bersama Ahmad Razif di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mendoakan agar pesakit… Read More
  • Pemimpin Perlu Bijak Memanipulasi Komunikasi Pemimpin di negeri ini sewajarnya berupaya memanipulasikan komunikasi secara berkesan untuk mendapat kepercayaan dan sokongan jentera pentadbiran, termasuk rakyat di peringkat akar umbi kearah merealisasikan pelan tindak… Read More
  • 26 Pegawai Tadbir Ditukarkan Seramai 26 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Februari ini bagi melancarkan pentadbiran di Terengganu. Pegawai Daerah Kuala Terengganu Dato' Mohd Akil Mat ditukar kepada jawa… Read More
  • Ramadhan Dijadual Berangkat Dari LTSM Ke Kuala Lumpur Esok Ramadhan (bertongkat) dijangka berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini. Hasrat terakhir pesakit leukemia tahap empat, Muhammad Ramadhan Alias,20,  untuk mengerjakan umrah tercapai apabila bakal berangkat… Read More
  • A.Rahim Bersara Pegawai Kewangan Negeri Esok Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh akan bersara wajib berkuatkuasa esok (18 Januari) selepas lima bulan memegang jawatan itu.  A.Rahim,60, yang 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam mula… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan