Monday 2 July 2018

Yahaya ketika mengangkat sumpah sebagai  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali  mengakui gementar menggalas tanggungjawab baharu itu, walaupun sebelum ini pernah menjawat Exco Kerajaan Negeri sewaktu pentadbiran PAS (1999 -2004).

Menurutnya, kelebihan terlibat dalam pelbagai program dan memegang jawatan utama dalam PAS negeri serta Pusat memberinya pengalaman sekali gus mampu mengurangkan rasa gementar bagi mengendalikan persidangan DUN yang akan bermula esok. 

“Saya seboleh-bolehnya mahu melihat perjalanan  Persidangan Dewan Undangan Terengganu yang akan dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin esok berlangsung secara tenang.

“InshaAllah dengan izin Allah, saya akan melakukan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini secara professional,” katanya kepada pemberita selepas Majlis mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Yang Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu juga berharap semua ADUN termasuk pihak pembangkang memberi kerjasama yang baik dan memainkan peranan yang cukup penting  sebagai ahli dewan negeri.
“Ada beberapa perkara yang mahu ditekankan antara mahu melihat ADUN
 yang berwibawa, berpengetahuan luas, membuat kajian secara teratur berhubung perkara yang mahu dibangkitkan. Saya juga mahu melihat ADUN dapat memainkan peranan dengan seimbang (semak dan seimbang) serta berkesan,”katanya. -
teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan