Wednesday 11 July 2018


Majlis Hari Raya Aidilfitri Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di perkarangan pejabat UPDI hari ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.

Majlis yang bermula dari jam 11 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu turut dihadiri pengamal media negeri ini, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin kawasan serta penduduk sekitar Kuala Terengganu.


Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Pelbagai juadah seperti nasi pilaf, nasi minyak, kambing golek, sate, rendang, ketupat, rojak betik, buah-buahan disediakan untuk dinikmati pengunjung.


Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan