Sunday 29 July 2018

Kawasan pertemuan muara sungai dan laut dipenuhi bot nelayan.
Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang akan dinaik taraf menjadi destinasi pelancongan utama di Marang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan itu memiliki pantai antara yang terindah di negeri Terengganu dan pusat tumpuan ramai penduduk serta pelawat dari luar kawasan.

"Di sini juga terletak muara sungai Marang, tempat nelayan berlabuh yang menjadikan panorama kawasan nelayan di sini sangat menarik," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pulau Kekabu, Marang semalam.


Pantai yang panjang dan landai.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan jambatan baharu bernilai RM800,000 bagi menggantikan jambatan sedia ada yang hanya boleh dilalui satu kenderaan pada satu masa.

"Kita juga telah berbincang untuk membangunkan infrastruktur seperti tandas awam dan surau bagi kegunaan pengunjung yang mandi laut serta kawasan mural 3D sebagaimana yang menjadi tarikan di tempat lain.

"Pihak Majlis Daerah juga ada perancangan untuk kawasan ini tetapi kami akan menilai secara berperingkat supaya pembangunan tidak memusnahkan ekosistem dan kebersihannya persekitarannya," katanya.


Laluan masuk yang kecil menyukarkan pengunjung.

-
teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan