Wednesday 11 July 2018

Ustaz Kamaruzaman Abdullah

Angkatan Pemuda Islam Hulu Terengganu (API) yang baharu ditubuhkan mahu menjadikan projek kitar semula barangan terpakai di sekitar daerah ini sebagai program pertama yang bakal dilancarkan pada 14 Julai nanti.

Penaung yang juga merangkap penasihat persatuan ini, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, projek itu dirangka oleh API yang berhasrat menyatukan kembali anak-anak muda menerusi kerja kebajikan.

Tambahnya, projek tersebut juga mendapat sambutan dan kerjasama daripada beberapa syarikat sekitar daerah seperti pasaraya Xiri dan D.M Pemborong termasuk menyumbang kewangan bagi menampung operasi.

"Melalui projek ini, kita dapat kumpulkan barangan yang boleh dikitar semula untuk manfaat bersama di samping menghubungkan tali persaudaraan melalui khidmat yang diberikan.

"Selain itu, dapat melatih  dan memberi penekanan yang lebih kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan bersama-sama,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka PAS Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini yang turut dihadiri hampir 10 000 masyarakat sekitar.

Suasana di Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Hulu Terengganu

Menurut Kamaruzaman lagi, operasi sepenuhnya akan berjalan pada 4hb Ogos ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

"Antara lokasi yang kita telah pilih setakat hari ini ialah hadapan Maybank Kuala Berang, hadapan Masjid Sultan Mahmud dan hadapan pasaraya Xiri selain beberapa lokasi yang akan ditentukan kemudian.

"Pihak kami mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama yang semaksima bagi menjayakannya,"katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan