Sunday 29 July 2018



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Suhaili meraikan 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, Kerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Kerteh.

"Program bersama pelajar istimewa itu memberi satu pengalaman yang bermakna dan berbeza kepada golongan kurang bernasib itu apabila berpeluang melawat dusun buan-buahan serta dapat menikmati buah durian dengan sepuas hati.

“Pendedahan kepada aktiviti luar ini adalah untuk menambahkan keyakinan kesemua pelajar tersebut untuk mengharungi kehidupan seharian walaupun mereka ada sedikit kekurangan,"katanya.

Saiful berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan pelajar-pelajar tersebut di sebuah dusun berhampiran Kampung Batu Putih, Kerteh, semalam



"Alhamdulillah semuanya gembira dan cukup seronok dapat menaiki kenderaan pancuan empat roda (4x4), melawat sekitar dusun serta memakan raja buah (durian) ini,” katanya.

Menurut Saiful, guru-guru dan sukarelawan banyak membantu kejayaan program, dusun ini juga sesuai dan selamat untuk pelajar-pelajar mendapat pengalaman baru.


Beliau seterusnya merakamkan perhargaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan Kertih (Perbaik) yang menganjurkan program berkenaan sebagai tanda keprihatinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut terhadap nasib pelajar-pelajar istimewa.

"NGO Perbaik sangat aktif membantu kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Dun Kemasik, tahniah kepada mereka, kita boleh berkolaborasi lagi di masa akan datang," katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan