Monday, 4 June 2018


Kerajaan negeri akan membaik pulih segera produk pelancongan yang kurang berdaya maju bagi meningkatkan pulangan kepada ekonomi negeri.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara produk yang akan dibaikpulih termasuk Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.

"Bila kami ambil alih kerajaan, produk ini sudah ada...jadi tidak wajar jika kami tinggal begitu sahaja termasuk projek-projek lain yang sedia ada.

"Kita kena cari jalan bagaimana untuk menjadikan projek demikian daripada yang kurang berdaya maju, kurang mendatangkan aktiviti ekonomi kepada projek sedia ada kepada yang mendatangkan hasil..pertamanya kepada masyarakat di kawasan sekitar, kepada pengusaha-pengusaha pelancong termasuk kepentingan kepada kerajaan negeri apabila pelancong datang ke Terengganu,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Masjid Al Amin Kampung Buluh, Kuala Berang, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau merangkap Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dr Mamad Puteh.



Pada majlis yang sama, Ahmad Samsuri dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan raya kepada 51 anak yatim dari DUN Kuala Berang.

Terlebih dahulu, menteri besar meluangkan masa hampir satu jam menghadiri taklimat pembangunan Daerah Hulu Terengganu di Bilik gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.



Mengulas mengenai pemberian bonus Aidillfitri untuk 10,600 penjawat awam seluruh Terengganu, beliau berkata keputusan akan diketahui selepas mesyuarat exco pada masa terdekat.

"Kami belum buat keputusan tentang jumlah bonus untuk penjawat awam sempena hari raya kali ini tapi ianya akan diputuskan dalam mesyuarat exco tidak lama lagi," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • 40,000 Kenderaan Bakal Penuhi LPT 2 Aidi menyaksikan Roslee Daud memakaikan topi kaledar baru kepada salah seorang pengguna jalan raya pada majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018. Foto oleh Zulkifli CW … Read More
  • Sultan Mizan Berkenan Rasmi Boardwalk Setiu Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Ten… Read More
  • 150 Quran Brailee Digital Diedar Kepada PERTIS Mohd Zubir menyampaikan QBD kepada salah seorang OKU penglihatan di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Pertubuhan Kebajikan Shafar menyerahkan 150 buah Quran Brailee Digital (QBD) secara percum… Read More
  • Hajar Cekal Bina Empayar Bisnes Online Hulu Terengganu: Kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di sekolah rendah menjadi pencetus semangat kepada pemilik THE BONUM, Siti Hajar Mohd Sapien,24, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan dan pengaji… Read More
  • Sultan Mizan Seru Cari Jalan Lestari Khazanah Alam Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar Terengganu tidak ketinggalan dengan masyarakat dunia dalam mencari kaedah bukan sahaja melestarikan khazanah alam, malah memikirkan kaedah yang efektif dan proakt… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:56 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan