Sunday, 6 May 2018

Golongan pendidik terutama guru diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk menunaikan janji berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, sebagai golongan berpendidikan guru sepatutnya tahu menilai kebaikan yang dilakukan kerajaan berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah.

Sebahagian guru yang menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut


Katanya, kerajaan sudah banyak membangunkan sistem pendidikan negara bermula peringkat sekolah hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya ramai guru lebih cenderung mendengar apa sahaja yang diperkatakan pemimpin pembangkang menyebabkan mereka hilang fokus dan mengalih sokongan.

“Guru adalah individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk keperibadian murid,” katanya ketika merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut di Jertih, hari ini.




Yang turut hadir calon BN Jertih, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Idris yang juga calon BN bagi  Parlimen Besut berkata, kecemerlangan pendidikan di Terengganu adalah hasil perancangan rapi kerajaan negeri dan Persekutuan dan ia tidak mampu di dilaksanakan negeri lain terutama negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata, janji pembangkang untuk menghapuskan pelbagai projek dan usaha yang dilakukan Kerajaan BN adalah satu perbuatan yang mundur dan rakyat sepatutnya menolak idea berkenaan. - teganukita.net

Related Posts:

  • Potensi Pelajar Kurang Cemerlang UPSR Terus Digilap Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) 2017 apabila merekodkan peningkatan murid yang memperolehi semua A berbanding tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,… Read More
  • JaPen Ceriakan Sesi Baru Persekolahan 73 Pelajar Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan… Read More
  • Anak Peniaga Pasar Malam Raih 6A Berhasrat mahu mengubah nasib keluarga, Amna Alifa Zabidi, 12,  anak kepada seorang peniaga pasar malam berjaya mendapat 6A dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)yang diumumkan hari ini.Menurut murid Sek… Read More
  • 400 Pelajar Miskin Di Besut Terima Bantuan Alatan Sekolah Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari iniProgram anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Bes… Read More
  • 560 Murid 6A UPSR Tetap Diraikan Terengganu akan membelanjakan RM280,000 sebagai insentif kepada 560 murid yang memperolehi 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Sepanjang tempoh tiga tahun, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.7 ju… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:39 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan