Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman untuk membuang undi kira-kira jam 10.27 pagi tadi.
Mohamed kemudiannya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi lain dan berbaris kira-kira selama lebih dua jam sebelum masuk ke pusat pembuangan undi pada jam 12.30 tengahari.
Menurut Mohamed Awang, proses membuang undi bagi DUN Chukai untuk PRU14 kali ini dilihat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Peratusan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dilihat agak tinggi dan sesetengah saluran pengundi terpaksa berbaris sehingga tiga jam.
“Pengurusan pengundian di semua saluran lebih lancar dengan adanya petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu pengundi kelainan upaya dan uzur dengan bantuan kerusi roda,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas beratur lebih dua jam sebelum diminta masuk oleh petugas SPR untuk membuang undi di Pusat Pengundian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, hari ini.
Menurut Mohamed, beliau melihat pengundi keluar sejak awal pagi untuk menunaikan kewajipan mereka dan memuji tindakan berkenaan yang menjadikan proses membuang undi semakin lancar.
“Secara umumnya saya amat berpuashati kerana tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menganggu proses pengundian hari ini.
“Para pengundi kelihatan begitu matang dan memahami ideologi serta fahaman politik masing-masing.
“Saya yakin dan percaya bahawa dengan adanya kerjasama yang padu khususnya daripada para pengundi kaum Tionghua, Barisan Nasional (BN) DUN Chukai akan dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada parti PAS yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu,” katanya. - teganukita.net
PRU14 : Mat Tera Mampu Pulangkan Cukai Kepada BN
Mohamed
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera sekali lagi menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) di kerusi ADUN Cukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Mesra dengan panggilan 'Mat Tera' p…Read More
PRU14 : Sabri Mahu Kekal Sebagai 'YB, Yang Berkhidmat'
Mohd Sabri
Calon Barisan Nasional (BN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi mahu kekal menjadi 'YB' yang berkhidmat kepada lebih 22,000 pengundi di DUN itu sebagai kelangsungan gerak kerja parti jika dipilih memenangi Pilihan Ray…Read More
PRU14 : Wakaf Mempelam Kian Membiru
Salleh
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PPD) Wakaf Mempelam, Salleh Othman optimis mampu menarik lebih ramai pengundi di DUN itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya,&…Read More
PRU14: Penduduk Bukit Besi Setia,Yakin Bersama BN
Roslee
Berita oleh : Izzuan Ahmad Majoriti pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal memberi mandat itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) k…Read More
PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk
Toh Seng Cheng
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Ca…Read More